Wednesday, March 14, 2012
FOSSIL WOMEN WATCH ES2805 (2 UNITS AVAILABLE) Now RM370
FOSSIL WOMEN WATCH ES2805 (2 UNITS AVAILABLE)
Was RM399
Now RM370
Case diameter: 37mm
Case Thickness: 11mm
Band material: Resin
Band width: 18mm
Band Color: white/pale gold
Dial color: white
Calendar: day-and-date
Movement: Quartz
Water Resistant: 100 Meters
Fossil Stella Multifunction Brown Dial Watch ES2801 Now RM370
2 units available
Fossil Stella Multifunction Brown Dial Watch ES2801
Was RM399
Now RM370
Case Size: 37mm
Case Thickness: 10mm
Water Resistant: Up to 5 ATM
Fossil Trend Nylon Mens Watch JR1195 Now RM370
Fossil Trend Nylon Mens Watch JR1195
Was RM399
Now RM370
Ready stock with me
Stainless steel case.
Green nylon strap.
Silver dial.
Luminous accents.
Water Resistant 5 ATM.
Case Diameter 44 MM.
Product Description
Casual watch, Japanese movement, Brushed silver-tone hands with luminous accents, Brushed silver-tone numbers and markers, Black markers and indices, Brushed stainless steel silver-tone bezel, case, crown and caseback, 50 meters/165 feet water resistant
FOSSIL ES2882 ] Women's Analogue Decker Crystal Resin Strap Black Now RM370
FOSSIL ES2882 ]
Women's Analogue Decker Crystal Resin Strap Black
Was RM399
Now RM370
Ready stock with me
Decker Silicone Black Dial Watch
Style No. ES2882
We took this vintage-inspired style and gave it a modern update with our logo, silicone strap. A glitzy topring adds even more versatility to this look.
Case Size: 38mm
Case Thickness: 12mm
Water Resistant: 10ATM
Warranty: Limited 2 year warranty
Packaging: Presented in a genuine Fossil tin
Friday, April 15, 2011
Jamu Ratu Dara - 1 botol (RM30 + pos RM6)
Jamu Ratu Dara..dah ramai yang repeat order..kalau rasa lemah badan, selalu tegang urat, angin tak lepas, especially bagi anak dara dan yang sudah berumahtangga..sesuai makan jamu ni...if serasi, eloklah diamalkan insyallah..harga sebotol rm30 + rm5 (postage)..if beli 3..mesti dapat diskaun from me...bagus utk kesihatan...pm me...juga sesuai utk panaskan hubungan suami isteri..:-)
Thursday, December 9, 2010
Menyepi kerana FOKUS



Friday, September 24, 2010
Selamatkanlah isteri dari neraka....
http://genta-rasa.com/2010/09/23/selamatkan-dia-dari-neraka/
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…
Kepada semua pengunjung blog, saya memohon ampun dan maaf atas kelewatan meletakkan entri baru. Bukan sibuk beraya, tetapi sibuk menguruskan kedua orang tua dan anak-anak yang semuanya sedang bersedia menghadapi peperiksaan. Walaupun saya sering mengingatkan belajar kerana Allah untuk mendapat ilmu, tetapi kelulusan dalam peperiksaan adalah alat yang penting juga untuk mencapai matlamat.
Kepada semua yang masih sudi menikmati tulisan saya seadanya, terimalah coretan buat peringatan bersama… SELAMATKAN DIA DARI NERAKA! “Jika bersedekah, niatkan atas nama dan bagi pihak isterimu. Bantulah mereka dengan pahala sedekah kerana ramai para isteri yang akan menjadi penghuni neraka!”
Masih terngiang-ngiang kata-kata seorang ustaz sewaktu memberi kuliah di sebuah masjid di Putrajaya baru-baru ini. Sele¬pas itu beliau terus membacakan hadis yang menjadi sandaran hujahnya itu dengan begitu lancar dan fasih.
Pada hari esoknya, saya menyemak hadis itu dengan bantuan seseorang yang sangat saya hormati kepakarannya. Beliau dengan segera memberikan nombor rujukan hadis itu dan sumbernya. Diriwayatkan daripada Abu Sa‘id al-Khudri r.a. katanya: “Suatu ketika Rasulullah s.a.w. keluar pada Hari Raya Aidiladha atau Aidilfitri menuju ke tempat solat dan melalui sekumpulan wanita. Beliau bersabda: ‘Wahai kaum wanita bersedekahlah. Sesungguhnya aku telah diperlihatkan bahawa kalian adalah majoriti penghuni neraka.’
“Salah seorang wanita yang fasih dan bijak bertanya: ‘Mengapa wahai Rasulullah?’ Beliau menjawab: ‘Kalian banyak melaknat dan durhaka terhadap suami. Dan tidaklah aku menyaksikan orang yang memiliki ke¬kurangan akal dan agama yang dapat meng¬hilangkan akal kaum lelaki yang setia daripada salah seorang antara kalian.’ “Mereka bertanya lagi: ‘Apa yang dimaksudkan dengan kekurangan agama dan akal kami wahai Rasulullah?’
“Baginda menjawab: ‘Bukankah kesaksian seorang wanita sama dengan separuh daripada kesaksian seorang lelaki?’ Mereka menjawab: ‘Benar.’ Baginda berkata lagi: ‘Bukankah apabila wanita mengalami haid maka dia tidak melakukan solat dan puasa?’ Mereka menjawab: ‘Benar.’ Baginda berkata: ‘Itulah (bukti) kekurangan agama¬nya.’” (Riwayat al-Bukhari no. 298)
Oleh sebab itu, setiap suami yang men¬cintai isterinya pasti berasa bimbang de¬ngan amaran dan peringatan daripada hadis ini. Betapa tidak, tegakah kita melihat isteri yang tersayang terhumban ke dalam neraka hanya kerana lidahnya yang memaki hamun dan hatinya yang tidak bersyukur? Cakap suami dilawannya, dibentak dengan suara yang tinggi. Mulutnya begitu berbisa, tajam dan menyakitkan.
Isteri yang sedemikian perlukan bantuan. Dia sedang “sakit”. Tetapi bukan mudah membantu orang sakit yang sentiasa berasa dirinya benar dan sihat. Silap pendekatan, dia jadi semakin menyinga. Isteri begini terlupa bahawa selagi suami tidak menyuruh kepada yang haram dia wajib taat. Dia terlupa membesarkan pemberian suami yang kecil. Dia sudah tidak ingatkan lagi bahawa jalannya menuju ke syurga adalah melalui pintu gerbang ketaatannya kepada suami. Malu, taat, setia dan khidmatnya hanya untuk manusia bernama suami.
Kepenatan menguruskan rumah tangga bukan alasan untuk meninggalkan perkara-perkara asas yang menjadi teras kerukunan rumah tangga. Begitu juga jika dilihatnya ada kelemahan dan kekurangan pada diri suami… Itu tidak boleh dijadikan sebab untuk melawan dan memberontak. Selagi tidak menyalahi aqidah dan syariat, maka selagi itulah isteri wajib patuh.
Belajarlah daripada Asiyah isteri kepada Firaun laknatullah. Walaupun suaminya sejahat-jahat manusia tetapi dia masih mampu menjadi isteri yang solehah hasil ketaatan dan kebaikan yang dicurahkan kepada suaminya. Kecuali menyembah tuhan selain Allah, itu sahaja yang tidak dituruti oleh Asiyah. Segala suruhan Firaun yang selain itu dilaksanakannya dengan sepenuh hati. Ertinya, beliau terus melaksanakan perintah yang baik walaupun datangnya daripada seorang yang jahat.
Para isteri harus sedar bahawa mereka tidaklah sebaik Asiyah dan suami mereka tidaklah sejahat Firaun. Hanya kadangkala suami terlupa, sedikit berang kerana keletihan, menjadi penyengap kerana ada sesuatu yang dirisaukan, tidak senyum kerana masalah di luar rumah, maka si isteri jadi pemarah, pendendam dan peleter yang tidak mengenal maaf.
Lunak Berbahasa Ingatlah bahasa yang baik datang dari orang yang baik. Tetapi jika bahasa kasar, kesat dan kotor itu petanda jiwa yang kotor. Bahasa dan kata sangat besar kesannya dalam hidup berumah tangga. Diceritakan dalam kitab-kitab tradisional bahawa bahasa si isteri apabila berkomunikasi dengan suaminya hendaklah menggunakan bahasa yang baik. Masih ingat apa pesanan Allah kepada Nabi Musa a.s. ketika baginda diperintahkan bertemu dengan firaun? Firman Allah yang bermaksud: “Dan berkata-katalah kepadanya (firaun) dengan lembut dan baik. Semoga dia mendapat peringatan.” (Surah Taha 20: 44)
Hanya dengan bahasa yang lembut, intonasi yang lunak dan adab yang sopan, hati suami akan “cair” dan kasih. Sebaliknya, kata-kata yang kasar dan intonasi yang tinggi akan ditolak secara terang-terangan atau secara diam-diam walaupun isi¬nya kebenaran dan kebaikan.
Allah mengingatkan kita melalui firman-Nya yang bermaksud: “Jika kamu kasar dan keras nescaya orang akan lari dari kamu.” (Surah Ali ‘Imran 3: 159)
Menurut kajian, sikap cerewet adalah salah satu punca yang menyebabkan rumah tangga tidak bahagia. Isteri yang cerewet hanya nampak yang cacat, busuk, kurang, pahit dan yang hal-hal yang negatif sahaja. Sedikit tersilap, boleh menjadi punca ke¬marahan yang berjela-jela dan sukar direda¬kan. Ada sahaja yang tidak kena kerana dia memang mencari yang “tidak kena”. Dia sering berjaya mencari “nila yang setitik” untuk merosakkan susu yang sebelanga.
Tindakan suka melaknat dan tidak mem¬besarkan pemberian suami ialah penyebab utama kebinasaan kaum wanita. Namun itu bukan bererti suami harus berlepas tangan dan berasa selamat dengan autoriti serta haknya sebagai suami. Si suami harus ingat jika isteri berterusan dalam keadaan begitu dia juga tidak selamat. Mengapa? Dia wajib mendidik dan menyelamatkannya. Isteri yang baik akan lebih mudah masuk ke dalam syurga sekalipun suaminya jahat, tetapi suami yang baik sangat sukar masuk ke syurga jika isterinya jahat.
Selamatkan Isterimu Di bahu para suamilah letaknya tanggungjawab menyelamatkan isteri yang suka melaknat dan tidak bersyukur itu. Se¬lain istiqamah mendidik dan memberi peringatan, si suami harus tidak jemu-jemu mendoakan isteri yang sebegitu. Dan yang paling penting bantulah mereka agar sering bersedekah dan bersedekahlah bagi pihak mereka. Jangan hanya mengeluh dan me¬mendam rasa tetapi berusahalah memperbaiki keadaan dengan tindakan-tindakan yang lebih konstruktif dan produktif.
Bagi suami yang pemberang pula ingat, jangan lawan api dengan api… nanti rumah tangga terbakar dan cinta akan terpadam. Tidak semua leteran kerana kebencian, tetapi kekadang lebih kepada luahan. Justeru bersabarlah pada sesetengah leteran yang hakikatnya hanya satu rintihan dan pengaduan.
Contohi Sayidina Umar al-Khattab yang rela “menelinga” dan berdiam diri dengan leteran isterinya lantaran menghargai ke¬susahan isterinya yang keletihan mengurus¬kan rumah tangga dan menjaga anak-anak. Padahal Umar di luar rumah bukan sahaja digeruni oleh musuh-musuh¬nya, bahkan syaitan sekalipun tidak akan lalu di tem¬pat dia lalu! Sebagai suami, Umar sedar bahawa bukan semua leteran itu satu kebejatan tetapi banyak antaranya hanya satu luahan cinta daripada kekasih yang keletihan!
Jadi didiklah para isteri agar selalu dan sering bersedekah. Bersedekah itu bukan sahaja dengan harta tetapi dengan tenaga, meluangkan masa dan tenaga ataupun sekadar memberi senyuman. Itu ialah saranan daripada Rasulullah s.a.w. sendiri untuk tidak tergolong dalam gerombolan majoriti wanita yang akan dihumban ke neraka. Carilah ruang dan peluang untuk memberi sedekah kepada anak-anak, suami, jiran tetangga, kaum kerabat, mentua, saudara dan lain-lain anggota masyarakat.
Dalam sejarah hidup wanita-wanita solehah kita akan lihat bagaimana mereka sangat melazimi cara hidup yang mudah bersedekah ini. Siti Khadijah, Siti Aisyah, Siti Zainab dan lain-lain Umahat al-Mukminin ialah wanita yang terkenal banyak bersedekah. Ini adalah satu lagi isyarat untuk wanita-wanita selepas generasi mereka dan khususnya generasi kini agar bersedekah untuk menyelamatkan ketelanjuran lidah yang berbisa dan hati yang tidak membesarkan jasa.
Bersedekahlah kerana cinta. Si isteri bersedekah kerana cintanya kepada diri sendiri yang sentiasa terdedah kepada kejahatan lidah dan hati. Si suami bersedekah kerana cintakan isteri agar terselamat daripada neraka. Insya-Allah, Allah akan “menyedekahkan” mereka berdua dengan cinta-Nya. Dan dengan sedekah cinta itu mereka akan bercinta hingga ke syurga!
Bila Isteri “Mengamuk”
Kekadang isteri mengamuk Dengan ombak prasangka dan lautan cemburu Apa bukti setiamu suami? Atau apakah kau sedang berkira-kira hendak “mendua”, “mentiga” dan “mengempatkan”ku?
Kekadang disergahnya suami Ketika keringat masih membasah Baru melangkah masuk pintu rumah
Ketika itu muhasabahlah diri Mungkin suami berdosa dengan Tuhan, atau bersalah dengan insan Mungkin banyak penzaliman dan penganiayaan yang telah dilakukan Lalu datang “serangan” itu sebagai peringatan
Suami, Hadapkanlah diri ke cermin hati Kaji dirimu satu persatu Kalau liar, berhentilah Kalau berdosa, bertaubatlah.
Jangan berkira-kira hendak “berdua” kalau yang satu itu pun tak mampu dijaga Jangan kemampuan harta dan fizikal sahaja diperhitungkan… Tetapi mampukah meratakan keadilan memimpin penuh kasih sayang?
Sebaliknya jika ternyata isteri yang melulu Nasihatkanlah dia baik-baik Ingatlah mestika kata dalam kitab-kitab tua suami yang bersabar dengan isteri yang jahat akan mendapat pahala Nabi Ayyub.
Atau ingatlah pesan Umar al-Khattab ketika didatangi seorang suami yang dileteri isteri: “Bersabarlah, kerana sesungguhnya isteri telah banyak membantu kita Dia yang menyelamatkan kita daripada amukan nafsu Dia yang membantu menjaga anak-anak kita Dia yang membantu menjaga makan minum kita Dia yang mencuci kain-baju kita Dia yang membantu membersihkan rumah kita… Lalu apa salahnya kita bersabar dengan kerenah mereka?”
Taburkanlah segenggam salji pada secubit api Insya-Allah, cinta itu akan semarak kembali!
Tuesday, September 29, 2009
The Qualities of Skillful Leadership by Jim Rohn
by Jim Rohn
If you want to be a leader who attracts quality people, the key is to
becoming a person of quality yourself. Leadership is the ability to
attract someone to the gifts, skills, and opportunities you offer as an
owner, as a manager and as a parent. I call leadership the great
challenge of life.
What's important in leadership is refining your skills. All great leaders
keep working on themselves until they become effective. Here are
some specifics:
1) Learn to be strong but not rude. It is an extra step you must
take to become a powerful, capable leader with a wide range of reach.
Some people mistake rudeness for strength. It's not even a good
substitute.
2) Learn to be kind but not weak. We must not mistake kindness
for weakness. Kindness isn't weak. Kindness is a certain type of
strength. We must be kind enough to tell somebody the truth. We
must be kind enough and considerate enough to lay it on the line. We
must be kind enough to tell it like it is and not deal in delusion.
3) Learn to be bold but not a bully. It takes boldness to win the
day. To build your influence, you've got to walk in front of your group.
You've got to be willing to take the first arrow, tackle the first problem,
discover the first sign of trouble.
4) You've got to learn to be humble, but not timid. You can't get
to the high life by being timid. Some people mistake timidity for
humility. Humility is almost a God-like word. A sense of
awe, a sense of wonder, an awareness of the human soul and
spirit...an understanding that there is something unique about the
human drama versus the rest of life. Humility is a grasp of the
distance between us and the stars, yet having the feeling that we're
part of the stars. So humility is a virtue; but timidity is a disease.
Timidity is an affliction. It can be cured, but it is a problem.
5) Be proud but not arrogant. It takes pride to win the day. It takes
pride to build your ambition. It takes pride in community. It takes
pride in cause, in accomplishment. But the key to becoming a good
leader is being proud without being arrogant. In fact I believe the
worst kind of arrogance is arrogance from ignorance. It's when you
don't know that you don't know. That kind of arrogance is intolerable.
If someone is smart and arrogant, we can tolerate that. But if
someone is ignorant and arrogant, that's just too much to take.
6) Develop humor without folly. That's important for a leader. In
leadership, we learn that it's okay to be witty, but not silly.
Wednesday, September 2, 2009
Friday, August 28, 2009
Teknik Bertengkar Secara Positif - Khas Buat Suami Tercinta
(Riwayat Anas Bin Malik)
Tidak indahkah dijanjikan dengan sebuah rumah di tengah-tengah syurga? Sekalipun kita di pihak yang benar, namun untuk mengelakkan perbalahan berpanjangan, mengalah sahajalah. Rugikah kalau beralah? Bagi sesetengah orang yang mementingkan diri sendiri mungkin tidak munasabah jika mahu beralah tetapi apa kata kalau saya katakan ‘orang yang beralah akan menang besar kemudiannya?’
Pergaduhan suami isteri akan sentiasa berlaku. Bak lagu P.Ramlee ‘Sedang lidah lagi tergigit’. Anda tidak akan sentiasa boleh berkata ‘ok’ kepada isteri anda begitu juga dia. Setiap kali pergaduhan berlaku, pasti akan ada hati yang akan terluka terutamanya hati orang perempuan yang memang diketahui tidak dapat diramalkan.
Jika pergaduhan itu berpunca daripada sesuatu yang sangat kecil, maka jika kita perbesarkan, maka akan terlihatlah peribadi sebenar seseorang itu. Sungguh akan terlihat betapa hodoh sekali seseorang itu tambahan pula, mulutnya mudah sekali melancangkan kata-kata yang tidak sedap didengar.
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Orang mukmin bukan seorang pencela, bukan seorang pengutuk, bukan seorang yang keji dan bukan seorang yang berkata kotor."
(Riwayat Ibnu Mas’ud RA)
Dalam sabda ini, dapatlah kita fahami bahawa orang yang berkata keji bukanlah orang mukmin sebenar. Betapa iman kita dapat disukat dengan perlakuan yang sangat keji ini.
Pernahkah anda melihat pergaduhan suami isteri ini daripada sudut yang positif? Sebenarnya, pergaduhan akan menyebabkan terbentuknya satu penyatuan pelbagai perkara termasuklah cita rasa dan impian pasangan itu. Bagi mencapai tujuan inilah kita sering bertelingkah dengan pasangan untuk mencapai sesuatu yang terbaik. Tidaklah saya maksudkan pergaduhan adalah baik, namun hal ini adalah lebih baik daripada kita berdiam dan tidak berbincang sehingga akhirnya tidak ada penyatuan antara suami dan isteri.
Justeru, pergaduhan menjadi medium kepada pasangan dalam menyatukan kasih sayang. Setiap individu akan melahirkan perasaan tidak puas hati dan sebagainya. Maka, di sini adalah tempat untuk mencurahkan perasaan. Jadi, janganlah memendam perasaan sehingga jiwa kita menjadi tertekan ibarat belon yang akan pecah akibat ditiup dengan angin yang kuat. Jika tidak diluahkan, pasangan anda tidak mungkin akan tahu perkara yang ada dalam hati anda.
Di sini, saya akan kongsikan beberapa tip untuk bertengkar secara positif:
1. Jangan terlampau banyak bercakap – Ketika bertengkar, hati masing-masing pasti dalam keadaan marah. Ketika marah, pasti perkara yang logik sekalipun tidak diterima melainkan masing-masing mahu menegakkan pendapat masing-masing. Jika anda sebagai suami mempunyai hak untuk bercakap sekalipun, kurangkan daripada terlalu menegakkan pendapat anda sendiri. Hal ini akan mencetuskan perasaan tidak puas hati kepada pasangan anda sehingga perlahan-lahan dia akan menjadi bosan dengan anda. Yang perlu anda lakukan adalah dengan memikirkan secara mendalam cara untuk mem-betulkan keadaan.
2. Jangan menyebut kelemahan pasangan – Bukan hanya isteri anda yang mempunyai kelemahan, anda juga ada ke-lemahan sendiri. Jadi, dengan mengungkit kelemahan dia, anda akan turut merangsang pasangan mengungkit kelemahan anda. Lagi pula, anda tidak akan menang dengan hanya mengungkit sebegini tetapi menyebabkan keadaan lebih parah. Jika mahu menegur pasangan, minta dia meluahkan ketidak-puasan hatinya tentang anda dahulu supaya apabila giliran anda nanti, dia tidak akan meninggikan suara.
3. Jangan membalas perbuatannya – Sebagai contoh, pasangan anda bermesra-mesra dengan lelaki sebelah rumah. Anda mahu membuatkan dia sedar bahawa perbuatannya salah. Jangan anda pula bermesra-mesra dengan perempuan lain di hadapan dia. Keadaan ini hanya memberi peluang yang lebih kepada isteri anda untuk menjauhi anda. Akhirnya, anda turut terlibat dalam menjarakkan perhubungan anda sendiri.
4. Jangan cuba mengubah pasangan – Anda dibesarkan dalam keluarga ‘begini’, isteri anda dibesarkan dalam keluarga ‘begitu’. Pastilah terdapat perbezaan antara kedua-duanya. Anda harus memahami bahawa cara dia melihat sesuatu pasti tidak sama dengan pandangan anda.
5. Fokus pada masalah – Jangan meleret-leret sehingga perkara yang bukan masalah akhirnya akan turut menjadi masalah.
6. Jangan tinggikan suara – Semakin tinggi suara kita ketika bergaduh, semakin tinggilah suara pasangan kita nanti. Pergaduhan seperti ini tidak akan menjadikan keadaan semakin baik malah semakin kusut. Cubalah bercakap dengan tenang sehingga isteri anda yang sedang marah akan turut tenang dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah dengan lebih cepat.
7. Gunakan panggilan manja – Ada pasangan yang pada masa biasa menggunakan panggilan ‘sayang’ atau ‘manja’ tetapi ketika bergaduh, keadaan akan beralih sebaliknya. Panggilan kasar mengambil alih menyebabkan pasangan anda merasakan dirinya rendah sekali. Jangan emosi sehingga tergamak menggunakan panggilan kasar termasuklah ‘aku’ dan ‘kau’.
8. Elakkan terlalu emosional – Ketika sesi bergaduh ini, pasti pasangan anda akan selalu terlepas mulut. Jadi, jangan ambil perkara yang dikatakannya terlalu serius memandangkan ketika sedang bergaduh, seseorang itu cenderung berkata yang tidak-tidak terhadap lawannya.
9. Gunakan perkataan yang baik-baik – Selain menggunakan panggilan manja, gunakanlah juga perkataan yang tidak menyalahkan. Perkara ini akan menyebabkan masalah akan cepat selesai. Antara contoh perkataan yang boleh anda gunakan ialah, "Abang rasa sayang tak patut buat macam ni," berbanding "Ni semua salah engkaulah!"
10. Jangan bertengkar di depan makanan atau di tempat tidur – Hal ini kerana tempat tersebut sepatutnya tempat kita menjamu selera dan bermesra-mesra sesama sendiri.
11. Dengar luahan isteri – Mungkin sahaja perkara yang disampaikan oleh isteri anda itu dapat menyelesaikan masalah. Jika anda hilang tumpuan ketika ini, bukan sahaja anda akan kehilangan idea yang baik malah anda menggunakan cara sendiri yang belum tentu dapat menyelesaikan masalah anda berdua.
12. Jangan bergaduh di depan anak – Dengan bergaduh di hadapan anak, anda hanya akan membuatkan anak keliru dan mengadili sama ada ibu atau bapa mereka yang berada di pihak benar atau salah. Perkara yang lebih menakutkan akan berlaku jika anak anda menceritakan keadaan anda berdua kepada orang luar. Hal ini akan menjejaskan imej anda sekeluarga.
13. Bersabar – Sekalipun anda lelaki dan anda lebih kuat secara fizikal berbanding dengan isteri anda, jangan sekali-kali anda cuba untuk mengasari isteri anda. Dibimbangi dia juga akan belajar untuk melawan dan membaling segala jenis pinggan mangkuk ketika bergaduh pada masa lain.
14. Say NO to third party – Selagi terdaya menyelesaikan masalah anda sendiri, jangan libatkan orang lain. Campur tangan pihak ketiga kebanyakannya hanya menyulitkan keadaan. Sekiranya perlu, pilihlah orang yang adil untuk menyelesaikan masalah anda.
15. Mengalah tidak bererti kalah – Mengalah ketika saat genting ini tidak menunjukkan anda kalah. Anda hanya perlukan masa untuk membuktikan bahawa tindakan anda sebenarnya betul.
16. Jangan keluar dari rumah sebelum selesai – Selalu menonton drama di TV? Kebanyakannya menunjukkan suami akan segera meninggalkan rumah semasa bergaduh untuk memudahkan cerita. Tindakan ini sebenarnya akan menyebab-kan isteri anda ditinggalkan dalam keadaan keliru. Hal ini menyebabkan dia akan berasa tertekan dan anda perlu ingat bahawa anak-anak akan ditinggalkan bersamanya di rumah. Perempuan yang hilang kewarasan akibat tekanan yang dahsyat akan menyebabkan mereka akan bertindak yang bukan-bukan. Mungkin sahaja dia akan memudaratkan dirinya atau anak-anak anda boleh menjadi mangsa keadaan. Sekiranya anda rasa tidak dapat menahan marah, beritahu isteri anda bahawa anda perlukan sedikit ketenangan dan hal ini lebih menampakkan rasa tanggungjawab anda terhadap permasalahan anda berdua.
17. Luahkan – Selain menjadi pendengar kepada permasalahan isteri, anda turut perlu meluahkan perasaan anda. Tunggu sehingga dia habis berbicara sebelum anda menyambung pendapat anda. Sekiranya anda tidak memberitahu keadaan sebenar anda, belum tentu dia dapat memahami keadaan anda.
18. Pelukan dan kemaafan – Hal inilah detik paling indah dalam pergaduhan. Setelah dirasakan masalah telah selesai, jangan melewatkan detik untuk memeluk pasangan anda seeratnya. Ucapkan perkataan maaf dan berharap agar perkara seperti itu tidak akan berlaku lagi. Keadaan ini akan menyebabkan perhubungan anda selepas itu lebih erat dan mantap dengan satu kesatuan hati yang lebih hebat.
Artikel di atas dipetik daripada Bab 9: Sedangkan Lidah Lagi Tergigit dalam buku Manual Kerja Super Suami. Maklumat lanjut berkenaan buku ini boleh didapati di www.books.perintis.com.my.










