Saturday, May 31, 2008

The beauty of life with children....






I have a good job..great friends..wonderful family members...a healthy surrounding. What more should I ask from Allah swt? Cuma kadang-kadang diri ini amat lemah dengan nafsu yang tidak pernah rasa cukup dengan apa yang sudah dimiliki terutama mereka yang ada PHD..mereka yang ada jurnal, mereka yang ada peluang ke luar negara..mereka yang ada duit lebih..mereka yang ada keluarga, suami, anak2..Tapi bila istifar cepat-cepat, rasanya I don't have to complain about life. Bila kita banyak duit, kita teringin beli kasut mahal tapi bila kita tengok orang tak ada kaki, rasa syukur sangat kita masih ada kaki walaupun pakai kasut murah. Bagi mereka yang ada suami, jagalah suami elok-elok. Bagi kami yang belum bersuami, siang malam berdoa agar Allah swt anugerahkan suami pada kami. Jangan marah-marah, bersabarlah dengan kekurangan suami, maklumlah kita pun tidak sehebat Saidinatul Siti Khadijah mahpun Siti Aisyah dan semestinya suami sahabat sekelian tidak sehebat Rasulullah saw. Bagi yang ada anak, jagalah anak baik-baik. Hati perempuan mana tidak tersentuh bila melihat orang lain bahagia menjadi ibu. Didiklah anak-anak dengan ajaran suci Al-Quran dan ikhlaskan di dalam menjaga anak-anak. Sabarlah dengan karenah anak-anak kerana para ibu dan bapa sedang berada di dalam perjuangan mencari keberkatan di dalam kehidupan. Hati ini sangat menyanjungi rakan-rakan yang sabar dengan perangai anak-anak. RESPECT nya!!!!!!


Cinta Adam dan Hawa..hati yang sunyi akan terus mencari cinta yang hanya Allah swt sahaja yang kurniakan

Khas buat mereka yang masih mencari cinta di dunia ini terutamanya buat pelajar UMP. Sabarlah menanti mereka yang ikhlas yang dapat membimbing kita menjadi ahli syurga. Sabarlah menanti khalifah hati kita...


Mampukah ku cari cinta sejati di dalam dunia ini?


Dari email:

Kita hidup kerana-Nya melalui satu 'peristiwa' yg sama...

"Syurga yang serba nikmat...Segala kesenangan ada di dalamnya. Semua tersedia apa saja yang diinginkan, tanpa bersusah payah memperolehinya. Sungguh suatu tempat yang amat indah dan permai, menjadi idaman setiap insan. Demikianlah menurut riwayat, tatkala Allah SWT. selesai mencipta alam semesta dan makhluk-makhluk lainnya, maka dicipta-Nya pula Adam ‘alaihissalam sebagai manusia pertama. Hamba yang dimuliakan itu ditempatkan Allah SWT di dalam Syurga (Jannah).

Adam a.s hidup sendirian dan sebatang kara, tanpa mempunyai seorang kawan pun. Ia berjalan ke kiri dan ke kanan, menghadap ke langit-langit yang tinggi, ke bumi terhampar jauh di seberang, maka tiadalah sesuatu yang dilihatnya dari mahkluk sejenisnya kecuali burung-burung yang berterbangan ke sana ke mari, sambil berkejar-kejaran di a
ngkasa bebas, bernyanyi-nyanyi, bersiul-siul, seolah-olah mempamerkan kemesraan.


Adam a.s terpikat melihatnya, rindu berkeadaan demikian. Tetapi sungguh malang, siapalah gerangan kawan yang hendak diajak. Ia merasa kesepian, lama sudah. Ia tinggal di syurga bagai orang kebingungan, tiada pasangan yang akan dibujuk bermesra sebagaimana burung-burung yang dilihatnya.


Tiada pekerjaan sehari-hari kecuali bermalas-malas begitu saja, bersantai berangin-angin di dalam taman syurga yang indah permai, yang ditumbuhi oleh bermacam bunga-bunga kuntum semerbak yang wangi, yang di bawahnya mengalir anak-anak sungai bercabang-cabang, yang desiran airnya bagai mengandung pembangkit rindu.


Adam kesepian

Apa saja di dalam syurga semuanya nikmat! Tetapi apalah erti segalanya kalau hati selalu
gelisah resah di dalam kesepian seorang diri?

Itulah satu-satunya kekurangan yang dirasakan Adam a.s di dalam syurga. Ia perlu kepada sesuatu, iaitu kepada kawan sejenis yang akan mendampinginya di dalam kesenangan yang tak terhingga itu. Kadangkala kalau rindu dendamnya datang, turunlah ia ke bawah pohon-pohon rendang mencari hiburan, mendengarkan burung-burung bernyanyi bersahut-sahutan, tetapi aduh hai kasihan...bukannya hati menjadi tenteram, malah menjadi lebih tertikam. Kalau angin bertiup sepoi-sepoi basah di mana daun-daunan bergerak lemah gemalai dan mendesirkan suara sayup-sayup, maka terkesanlah di hatinya keharuan yang begitu mendalam; dirasakannya sebagai derita batin yang tegak di sebalik nikmat yang dianugerahkan Tuhan kepadanya.

Tetapi walaupun demikian, agaknya Adam a.s malu mengadukan halnya kepada Allah SWT. Namun, walaupun Adam a.s malu untuk mengadu, Allah Ta'ala sendiri Ma
ha Tahu serta Maha Melihat apa yang tersembunyi di kalbu hamba-Nya. Oleh itu Allah Ta'ala ingin mengusir rasa kesepian Adam.


Hawa diciptakan

Tatkala Adam a.s sudah berada di puncak kerinduan dan keinginan untuk mendapatkan
kawan, sedang ia lagi duduk terpekur di atas tempat duduk yang berlapiskan tilam permaidani serba mewah, maka tiba-tiba ngantukpun datanglah menawannya serta langsung membawanya hanyut ke alam tidur.

Adam a.s tertidur nyenyak, tak sedar kepada sesuatu yang ada di sekitarnya. Dalam saat-saat yang demikian itulah Allah SWT menyampaikan wahyu kepada malaikat Jibril a.s untuk mencabut tulang rusuk Adam a.s dari lambung sebelah kiri. Bagai orang yang sedang terbius, Adam a.s tidak merasakan apa-apa ketika tulang rusuknya dicabut oleh malaikat
Jibril a.s.

Dan oleh kudrat kuasa Ilahi yang manakala menghendaki terjadinya sesuatu cukup berkata
“Kun!” maka terciptalah Hawa dari tulang rusuk Adam a.s, sebagai insan kedua penghuni syurga dan sebagai pelengkap kurnia yang dianugerahkan kepada Adam a.s yang mendambakan seorang kawan tempat ia boleh bermesra dan bersenda gurau.





Pertemuan Adam dan Hawa

Hawa duduk bersandar pada bantal lembut di atas tempat duduk megah yang bertatahkan emas dan permata-permata bermutu manikam, sambil terpesona memperhatikan kecerahan wajah dari seorang lelaki kacak yang sedang terbaring, tak jauh di depannya.


Butir-butir fikiran yang menggelombang di dalam sanubari Hawa seolah-olah merupakan arus-arus tenaga elektrik yang datang mengetuk kalbu Adam a.s, yang langsung menerimanya sebagai mimpi yang berkesan di dalam gambaran jiwanya seketika itu.

Adam terjaga....! Alangkah terkejutnya ia ketika dilihatnya ada makhluk manusia seperti
dirinya hanya beberapa langkah di hadapannya. Ia seolah tak percaya pada penglihatannya. Ia masih terbaring mengusap matanya beberapa kali untuk memastikan apa yang sedang dilihatnya.

Hawa yang diciptakan lengkap dengan perasaan malu, segera memutar badannya sekadar untuk menyembunyikan bukit-bukit di dadanya, seraya mengirimkan senyum manis bercampur manja, diiringi pandangan melirik dari sudut mata yang memberikan sinar
harapan bagi hati yang melihatnya.

Memang dijadikan Hawa dengan bentuk dan paras rupa yang sempurna. Ia dihiasi dengan kecantikan, kemanisan, keindahan, kejelitaan, kehalusan, kelemah-lembutan, kasih-sayang, kesucian, keibuan dan segala sifat-sifat keperibadian yang terpuji di samping bentuk tubuhnya yang mempesona serta memikat hati setiap yang memandangnya.

Ia adalah wanita tercantik yang menghiasai syurga, yang kecantikannya itu akan diwariskan turun temurun di hari kemudian, dan daripadanyalah maka ada kecantikan yang diwariskan kepada wanita-wanita yang datang dibelakangnya.

Adam a.s pun tak kurang gagah dan kacaknya. Tidak dijumpai cacat pada dirinya kerana ia adalah satu-satunya makhluk insan yang dicipta oleh Allah SWT secara langsung tanpa perantaraan.

Semua kecantikan yang diperuntukkan bagi lelaki terhimpun padanya. Kecantikan itu pulalah yang diwariskan turun temurun kepada orang-orang di belakangnya sebagai anugerah Allah SWT kepada makhluk-Nya yang bergelar manusia. Bahkan diriwayatkan bahawa kelak
semua penduduk syurga akan dibangkitkan dengan pantulan dari cahaya rupa Adam a.s.

Adam a.s bangkit dari pembaringannya, memperbaiki duduknya. Ia membuka matanya, memperhatikan dengan pandangan tajam. Ia sedar bahawa orang asing di depannya itu bukanlah bayangan selintas pandang, namun benar-benar suatu kenyataan dari wujud insani yang mempunyai bentuk fizikal seperti dirinya. Ia yakin ia tidak salah pandang. Ia tahu itu manusia seperti dirinya, yang hanya berbeza kelaminnya saja. Ia serta merta dapat membuat kesimpulan bahawa makhluk di depannya adalah perempuan. Ia sedar bahawa itulah dia jenis yang dirindukannya. Hatinya gembira, bersyukur, bertahmid memuji Zat Maha Pencipta.

Ia tertawa kepada gadis jelita itu, yang menyambutnya tersipu-sipu seraya menundukkan kepalanya dengan pandangan tak langsung, pandangan yang menyingkap apa yang terselit di kalbunya.


Adam terpikat

Adam terpikat pada rupa Hawa yang jelita, yang bagaikan kejelitaan segala puteri-puteri yang bermastautin di atas langit atau bidadari-bidadari di dalam syurga.


Tuhan menanam asmara murni dan hasrat berahi di hati Adam a.s serta menjadikannya orang yang paling asyik dilamun cinta, yang tiada taranya dalam sejarah, iaitu kisah cinta dua insan di dalam syurga. Adam a.s ditakdirkan jatuh cinta kepada puteri yang paling cantik dari segala yang cantik, yang paling jelita dari segala yang jelita, dan yang paling harum dari segala yang harum.

Adam a.s dibisikkan oleh hatinya agar merayu Hawa. Ia berseru: “Aduh, hai si jelita, siapakah gerangan kekasih ini? Dari manakah datangmu, dan untuk siapakah engkau disini?” Suaranya sopan, lembut, dan penuh kasih sayang.
“Aku Hawa,” sambutnya ramah. “Aku dari Pencipta!” suaranya tertegun seketika. “Aku....aku....aku, dijadikan untukmu!” tekanan suaranya menyakinkan.

Tiada suara yang seindah dan semerdu itu walaupun berbagai suara merdu dan indah terdengar setiap saat di dalam syurga. Tetapi suara Hawa....tidak pernah di dengarnya suara sebegitu indah yang keluar dari bibir mungil si wanita jelita itu. Suaranya membangkit rindu, gerakan tubuhnya menimbulkan semangat.

Kata-kata yang paling segar didengar Adam a.s ialah tatkala Hawa mengucapkan terputus-putus: “Aku....aku....aku, dijadikan untukmu!” Kata-kata itu nikmat, menambah kemesraan Adam kepada Hawa.

Adam a.s sedar bahawa nikmat itu datang dari Tuhan dan cintapun datang dari Tuhan. Ia tahu bahawa Allah SWT itu cantik, suka kepada kecantikan. Jadi, kalau cinta kepada
kecantikan berertilah pula cinta kepada Tuhan. Jadi cinta itu bukan dosa tetapi malah suatu pengabdian. Dengan mengenali cinta, makrifah kepada Tuhan semakin mendalam. Cinta kepada Hawa bererti cinta kepada Pencipta. Dengan keyakinan demikian Adam a.s menjemput Hawa dengan berkata: “Kekasihku, ke marilah engkau!” Suaranya halus, penuh kemesraan.

“Aku malu!” balas Hawa seolah-olah menolak. Tangannya, kepalanya, memberi isyarat menolak seraya memandang Adam dengan penuh ketakjuban.

“Kalau engkau yang inginkan aku, engkaulah yang ke sini!” Suaranya yang bagaikan irama seolah-olah memberi harapan.

Adam tidak ragu-ragu. Ia mengayuh langkah gagah mendatangi Hawa. Maka sejak itulah teradat sudah bahawa wanita itu didatangi, bukan mendatangi.

Hawa bangkit dari tempat duduknya, menggeser surut beberapa langkah. Ia sedar bahawa walaupun dirinya diperuntukkan bagi Adam a.s, namunlah haruslah mempunyai syarat-syarat tertentu. Di dalam sanubarinya, ia tak dapat menyangkal bahawa iapun terpesona dan tertarik kepada rupa Adam a.s yang sungguh indah.

Adam a.s tidak putus asa. Ia tahu itu bukan dosa. Ia tahu membaca isi hati. Ia tahu bukannya Hawa menolak, tetapi menghindarnya itu memanglah suatu perbuatan wajar dari sikap malu seorang gadis yang berbudi. Ia tahu bahawa di balik “malu” terselit “rasa mahu”. Kerananya ia yakin pada dirinya bahawa Hawa diperuntukkan baginya. Naluri insaninya bergelora.

Tatkala sudah dekat ia pada Hawa serta hendak mengulurkan tangan sucinya kepadanya, maka tiba-tiba terdengarlah panggilan ghaib berseru:
“Hai Adam....tahanlah dirimu. Pergaulanmu dengan Hawa tidak halal kecuali dengan mahar dan menikah!”.

Adam a.s tertegun, balik ke tempatnya dengan taat. Hawa pun mendengar teguran itu dan hatinya tenteram.

Kedua-dua manusia syurga itu sama terdiam seolah-olah menunggu perintah.


Perkahwinan Adam dan Hawa

Allah SWT. Yang Maha Pengasih untuk menyempurnakan nikmatnya lahir dan batin kepada kedua hamba-Nya yang saling memerlukan itu, segera memerintahkan gadis-gadis bidadari penghuni syurga untuk menghiasi dan menghibur mempelai perempuan itu serta membawakan kepadanya hantaran-hantaran berupa perhiasan-perhiasan syurga. Sementara itu diperintahkan pula kepada malaikat langit untuk berkumpul bersama-sama di bawah pohon “Syajarah Thuba”, menjadi saksi atas pernikahan Adam dan Hawa.

Diriwayatkan bahawa pada akad pernikahan itu Allah SWT. berfirman: “Segala puji adalah kepunyaan-Ku, segala kebesaran adalah pakaian-Ku, segala kemegahan adalah hiasan-Ku dan segala makhluk adalah hamba-Ku dan di bawah kekuasaan-Ku. Menjadi saksilah kamu hai para malaikat dan para penghuni langit dan syurga bahawa Aku menikahkan Hawa dengan Adam, kedua ciptaan-Ku dengan mahar, dan hendaklah keduanya bertahlil dan bertahmid kepada-Ku!”.





Malaikat dan para bidadari berdatangan

Setelah akad nikah selesai berdatanganlah para malaikat dan para bidadari menyebarkan mutiara-mutiara yaqut dan intan-intan permata kemilau kepada kedua pengantin agung tersebut. Selesai upacara akad, dihantarlah Adam a.s mendapatkan isterinya di istana megah yang akan mereka diami.

Hawa menuntut haknya. Hak yang disyariatkan Tuhan sejak semula.
“Mana mahar?” tanyanya. Ia menolak persentuhan sebelum mahar pemberian ditunaikan dahulu.

Adam a.s bingung seketika. Lalu sedar bahawa untuk menerima haruslah sedia memberi. Ia insaf bahawa yang demikian itu haruslah menjadi kaedah pertama dalam pergaulan hidup.

Sekarang ia sudah mempunyai kawan. Antara sesama kawan harus ada saling memberi dan saling menerima. Pemberian pertama pada pernikahan untuk menerima kehalalan ialah mahar. Oleh kerananya Adam a.s menyedari bahawa tuntutan Hawa untuk menerima mahar adalah benar.



Mahar perkahwinan Adam

Pergaulan hidup adalah persahabatan! Dan pergaulan antara lelaki dengan wanita akan berubah menjadi perkahwinan apabila disertai dengan mahar. Dan kini apakah bentuk mahar yang harus diberikan?

Itulah yang sedang difikirkan Adam.

Untuk keluar dari keraguan, Adam a.s berseru: “Ilahi, Rabbi! Apakah gerangan yang akan kuberikan kepadanya? Emaskah, intankah, perak atau permata?”.

“Bukan!” kata Tuhan.

“Apakah hamba akan berpuasa atau solat atau bertasbih untuk-Mu sebagai maharnya?” tanya Adam a.s dengan penuh pengharapan.

“Bukan!” tegas suara Ghaib.

Adam diam, mententeramkan jiwanya. Kemudian bermohon dengan tekun: “Kalau begitu tunjukilah hamba-Mu jalan keluar!”.

Allah SWT. berfirman: “Mahar Hawa ialah selawat sepuluh kali atas Nabi-Ku, Nabi yang bakal Kubangkit yang membawa pernyataan dari sifat-sifat-Ku: Muhammad, cincin permata dari para anbiya’ dan penutup serta penghulu segala Rasul. Ucapkanlah sepuluh kali!”.
Adam a.s merasa lega. Ia mengucapkan sepuluh kali salawat ke atas Nabi Muhammad SAW. sebagai mahar kepada isterinya. Suatu mahar yang bernilai spiritual, kerana Nabi Muhammad SAW adalah rahmatan lil ‘alamin (rahmat bagi seluruh alam).

Hawa mendengarkannya dan menerimanya sebagai mahar.
“Hai Adam, kini Aku halalkan Hawa bagimu”, perintah Allah, “dan dapatlah ia sebagai isterimu!”.

Adam a.s bersyukur lalu memasuki isterinya dengan ucapan salam. Hawa menyambutnya dengan segala keterbukaan dan cinta kasih yang seimbang.

Allah SWT. berfirman kepada mereka: “Hai Adam, diamlah engkau bersama isterimu di dalam syurga dan makanlah (serta nikmatilah) apa saja yang kamu berdua ingini, dan janganlah kamu berdua mendekati pohon ini kerana (apabila mendekatinya) kamu berdua akan menjadi zalim”.

(Al-A’raaf: 19).
Dengan pernikahan ini Adam a.s tidak lagi merasa kesepian di dalam syurga. Inilah percintaan dan pernikahan yang pertama dalam sejarah ummat manusia, dan berlangsung di dalam syurga yang penuh kenikmatan. Iaitu sebuah pernikahan agung yang dihadiri oleh para bidadari, jin dan disaksikan oleh para malaikat.
Peristiwa pernikahan Adam dan Hawa terjadi pada hari Jumaat. Entah berapa lama keduanya berdiam di syurga, hanya Allah SWT yang tahu. Lalu keduanya diperintahkan turun ke bumi. Turun ke bumi untuk menyebar luaskan keturunan yang akan mengabdi kepada Allah SWT dengan janji bahawa syurga itu tetap tersedia di hari kemudian bagi hamba-hamba yang beriman dan beramal soleh.

Firman Allah SWT.: “Kami berfirman: Turunlah kamu dari syurga itu. Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, nescaya tidak ada kekhuatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati.”

(Al-Baqarah: 38)

Allah...dengarlah rintihanku...

Gambar bersama rakan-rakan
PBMSK, UMP di
SKPU, JB tahun 2006

Firman Allah s.w.t.Untuk Manusia ,

Katakanlah, "Solatku, perkerjaanku, hidupku dan matiku untuk Allah , Tuhan sekalian alam. Tiada sekutu bagi-Nya.Demikianlah yang telah diperintahkan kepadaku, dan aku di antara yang awal-awal tunduk." (Al-An..am, 162-63)


Mengapakah kita memerlukan Allah swt setiap masa? Di dalam hati kita? fikiran kita? perbuatan kita? gelak ketawa kita? kesedihan kita? senyuman kita? semuanya kerana Allah swt? Mengapakah ada manusia yang menidakkan setiap perbuatan ini adalah kerana Allah swt semata-mata? Bercakap daripada pengalaman, berbual dengan seorang rakan yang mengatakan bahawa tidak guna kita kita fikirkan tentang dosa dan pahala kerana biarlah Allah swt yang menentukan. Mengapakah dalam kehidupan seharian, jika diberikan makanan yang lazat dan yang basi, mengapa kita memilih yang sedap? Jika diberi pilihan antara kereta mewah dan kereta buruk, mengapa manusia memilih kereta yang menyenangkan? Mengapa manusia memilih yang baik dari yang jahat? Kenapa manusia memilih untuk senyum dari bermuka masam? Mengapa air laici dijadikan pilihan utama jika dibandingkan dengan air lada hitam? Kerana manusia sukakan keindahan, kelembutan, kejernihan, kemanisan dan kebahagiaan. Bukankah telah dijanjikan bagi mereka yang beramal ke jalan syurga sebagai ahli firdausi? Oleh itu, kenapa mesti kita lari dari konsep dosa dan pahala? Pahala mendidik kita beramal sebanyak mungkin demi kesejahteraan ummah. Dosa membuatkan kita takut untuk terbabit dengan maksiat dan perkara-perkara mungkar. I pray hard may Allah swt help you..my friend. Please do not try to put in judgement on your own. We have the Quran and Hadith to guide us.

AN EMAIL:

One night a man had a dream. He dreamed He was walking along the beach with the Lord.

Across the sky flashed scenes from his life. For each scene he noticed two sets of Footprints in the sand: one belonging To him, and the other to the Lord.

When the last scene of his life flashed before him, He looked back at the footprints in the sand.

He noticed that many times along the path of His life there was only one set of footprints.

He also noticed that it happened at the very Lowest and saddest times in his life.

This really bothered him and he Questioned the Lord about it:

"Lord, you said that once I decided to follow You, you'd walk with me all the way.

But I have noticed that during the most Troublesome times in my life, There is only one set of footprints.

I don't understand why when I needed you most you would leave me."

The Lord replied:

"My son, my precious child, I love you and I would never leave you.


During your times of trial and suffering, When you see only one set of footprints, It was then that I carried you."

Allah swt sentiasa berada di dalam diri kita, jiwa kita, hati kita sepanjang masa.......

Wednesday, May 28, 2008

Kenali tabiat suami melalui bahagian yang dia suka cium...khas utk Rapidkl man..




Kenali tabiat suami melalui bahagian yang di suka cium:

> Suka cium dahi isteri
.......suami yang romantis.

> Suka cium pipi isteri
........suami yang penyayang.

> Suka cium mulut isteri
.......suami yang gelojoh.

> Suka cium tengkuk isteri
........suami yang mata keranjang.

> Suka cium telinga isteri
.........suami yang sensitif.

> Suka cium leher isteri
.........suami yang penyabar.

> Suka cium buah dada isteri
........suami yang suka bermanja.

> Suka cium tangan isteri
.......suami yang hipokrit.

> Suka cium ketiak isteri
.......suami yang menerima isterinya seadanya.

> Suka cium (tut - censored) isteri
......suami yang pemalu.

> Suka cium punggung isteri
.......suami yang suka bergurau.

> Suka cium kaki isteri
.......suami yang terlalu menghormat isteri.

>Tidak suka cium mana-mana bahagian badan isteri
......suami yang mementingkan diri.


jeng jeng jengggggg


DAN
YANG
TERAKHIR.................




> Suka cium seluruh bahagianbadan isteri
........suami yang baru balik dari outstation.


hahahahhahha

Tuesday, May 27, 2008

Lemah wanita Lembut wanita..dedicated to Kak Tym


This is a picture of me and my big sister, Kak Tym who is now in Melbourne pursuing her PHD. I miss K.tym very much. We went for KUKTEM's interview together in 2004. She wanted to leave Kuantan already, but I called her, asked her to stay on for the shortlisted interview. It is our destiny to be accepted as KUKTEM's associates. Since that day onwards, we went thru so much together. SSM, 3rd language unit, MINDS, ML department, and the best would definitely be presenting papers in Hawaii. So many lesson learnt, so many valuable moments together. Getting visa at US embassy, driving to KL often together, sending off K.tym and Hafiz to KLIA, crying and crying with Raha of coz. Berbuka puasa, dinner, outing, movies, shopping, I have lost track of things that we did together..eating at Mok de, roti canai Gambang of coz...I miss k.tym and our moments of discussion at the office..Sleeping at the office..me at 1st floor, k.tym at 2nd floor..borrowing iron hahahha...issues on men...poligamy...men..men..men...men...akak...........ku merinduimu...adui!!!! I have so many pictures...lovely..wonderful...excellent pictures of me and k.tym...to be uploaded, will do that one day.....each picture with its stories..Korea..Hawaii...Since that trip, I have lost my momentum in writing papers for conferences..I have lost k.tym's energy and spirit..without replacement..mana lagi nak cari akak montok mcm ni?????

An email from a friend...


Lemah Wanita Lembut Wanita
Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah Dan lembut... .besar perbezaannya
Namun Ada yang tidak rela mengakuinya
Telah ditakdirkan ... kerana lembut wanita tidak gemar perbalahan..
Kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam, Diam seolah-olah menerima...
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam, wanita terus terusan bekerja
Di pejabat sebagai kerani...
Di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari
Lelaki yang mengaku kuat
Celik mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat... di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah... bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah... bersantai di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah, mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat, menonton TV sambil tergelak
Dalam diam wanita dianggap lemah... terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju
Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud... Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah, anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersandar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati...
Ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita... .
Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adab tradisi
Hukum agama telah terpapar...
Tugas suami mengemas rumah, menjaga anak, membasuh pakaian,
menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati
Dalam diam Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan...

KeKaYaaN YaNg PaLiNg KaYa iaLaH AKAL,
KeMiSkiNaN YaNg PaLiNg BeSaR iaLaH JAHIL,
KeBuRuKaN YaNg PaLiNg HoDoH iaLaH SESAT,
Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,
Tak guna Ada MATA kalau tak dapat MELIHAT,

Tak guna Ada HATI kalau tak tau MENILAI

My first article..originally from me! I can't believe it!


Syukur sangat..inilah artikel pertama Haslinda yang akan masuk CREATE UMP insyallah..suka sgt sbb nak ikut jejak langkah Ust Zuridan yang sgt pandai menulis...I started writing this article at 12am and finished it at 3am sharp..alahamdulillah..Tq Ya Allah..memberikan ku kekuatan ini...


Motivasi Dalam Pengurusan Persaraan
Oleh

Haslinda Hj Hashim
PBMSK UMP
27 Mei 2008

Berita umur persaraan dilanjutkan kepada 58 tahun dari 56 tahun telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 10 Mei 2008 berkuat kuasa Julai tahun ini. Perdana Menteri juga memaklumkan bahawa keputusan ini diambil setelah menilai jangka hayat rakyat Malaysia. Pengumuman ini telah menimbulkan pelbagai reaksi dari masyarakat. Ramai yang menyokong dan merasa syukur kerana akan terus diberikan peluang berkhidmat sebelum diminta bersara. Namun ada yang mengeluh kerana memikirkan suasana alam pekerjaan di ketika umur 50an yang akan menimbulkan pelbagai konflik di dalam pengurusan organisasi. Isu yang lebih utama ialah: Adakah kita perlu merancang untuk hari tua kita sejak kita mula bekerja? Atau adakah kita perlu menunggu pada saat kita melangkahi umur 50an dan kemudian barulah kita mula memikirkan zaman persaraan kita?

Sejauh manakah kita mula memikirkan soal persaraan secara serius? Adakah seorang pekerja berumur 25 tahun tidak perlu memikirkan soal persaraan atau zaman pencennya? Adakah kita masih terlalu muda untuk memikirkan suasana ketika kita tua kelak? Ramai yang beranggapan bahawa musim persaraan adalah musim yang bahagia kerana itulah saatnya kita boleh merehatkan minda dan badan dari memikirkan tentang kepenatan di tempat kerja. Kita juga membayangkan diri kita melakukan hobi yang tidak kita mampu laksanakan di zaman muda. Bersantai bersama keluarga, mempunyai rumah besar, mempunyai simpanan yang mencukupi dan merancang untuk melancong ke seluruh dunia. Namun, adakah semua ini realiti ataupun fantasi semata-mata?


Meninjau simpanan di KWSP mahupun skim pencen yang kita ada akan menimbulkan pelbagai persoalan. Adakah simpanan di KWSP mencukupi untuk membayar hutang yang masih belum langsai? Hutang rumah? Hutang kereta? Pinjaman pendidikan? Pinjaman peribadi? Kad kredit? Bagaimana pula dengan anak-anak yang mungkin masih bersekolah ketika kita sudah pencen? Satu kiraan yang cukup mudah iaitu 20 tahun dari sekarang, pada umur 58 tahun, kita akan mendapat pencen RM1500-RM2000 sebulan. Adakah ketika itu harga petrol kekal seperti sekarang? Harga beras pula bagaimana? Bagaimana dengan yuran kemasukan universiti? Di sinilah motivasi di dalam pengurusan persaraan memainkan peranan yang penting sebagai langkah-langkah untuk menikmati hari tua yang lebih baik. Sebagai manusia biasa, kekuatan di dalam membuat keputusan mestilah disokong oleh motivasi dalaman yang kuat supaya setiap keputusan terpancar di dalam tindakan yang akan mempengaruhi kehidupan kita pada saat ini.


Antara motivasinya:

1. Setiap manusia menuju alam tua. Bersyukurlah kita dilahirkan sihat dan masih muda pada saat ini. Dengan tenaga dan kudrat yang kita ada sekarang, kita mesti berusaha dengan lebih kuat untuk mencari rezeki pada saat ini dan juga sebagai simpanan di hari tua. Islam mengajar kita tentang bekerja keras dan di dalam buku `Pesara Jutawan’ oleh Azizi Ali, beliau memberikan tip iaitu setiap orang mesti mempunyai lebih dari satu sumber pendapatan bagi menjamin mereka mempunyai pendapatan yang sama apabila mereka pencen kelak. Hadis dari Imam Muslim mengatakan: Nabi Muhammad saw berkata “Sesungguhnya orang mukmin yang gagah adalah lebih baik dan lebih Tuhan sukai daripada mukmin yang lemah”. Oleh itu, rebutlah saat muda ini dengan bekerja keras untuk mencari rezeki lebih terutama bagi simpanan di hari tua.

2. Setiap manusia mencari-cari ilmu. Apabila kita sudah mula memikirkan tentang pengurusan persaraan kita, yakinlah bahawa ada ramai yang dapat membantu kita di dalam merancang skim persaraan kita. Mereka ini mempunyai ilmu di dalam bidang kewangan dan mereka bersedia untuk memberikan kita pendapat tentang simpanan dan perbelanjaan kita berdasarkan kepada corak kehidupan kita sekarang. Azizi Ali di dalam buku `Pesara Jutawan’ juga mencadangkan mereka yang mempunyai kelayakan Chartered Financial Consultant (ChFc) atau Certified Financial Planner (CFP) atau Registered Financial Planner (RFP) dapat membantu kita merancang kewangan kita bermula dari sekarang. Pelbagai tip yang boleh kita terima pakai di dalam pelaksanaan simpanan hari tua kita seperti memaksimumkan caruman KWSP, mempunyai lebih dari satu simpanan, menyelesaikan pelbagai hutang dengan secepat mungkin, jangan sentuh wang simpanan dan lain-lain lagi. Kita mesti bersedia untuk menimba ilmu dari setiap sudut dalam kehidupan kita kerana hanya dengan ilmu sajalah maka kita dapat merancang kehidupan yang lebih baik di hari tua. Dalam surah al-Mujahadah ayat 11 yang bermaksud, “Allah mengangkat orang-orang yang beriman di kalangan kamu dan orang-rang yang berilmu dengan beberapa darjat”. Oleh itu, berusahalah untuk mencari ilmu kesenangan di hari tua.


3. Setiap manusia inginkan kesenangan. Harta benda yang kita cari ini akan dapat membantu menambahkan iman sekiranya ianya digunakan ke jalan yang benar. Sekiranya kita merancang untuk berjimat cermat dari usia muda, sudah semestinya sebagai orang Islam, kita akan berusaha untuk menyimpan sebagai persediaan untuk menunaikan umrah dan juga ibadat haji. Kita juga berlumba-lumba untuk berkongsi kesenangan yang kita perolehi dengan keluarga kita serta merasa yakin bahawa rezeki akan berlipat kali ganda sekiranya kita rajin bersedekah. Kekayaan duniawi yang menyumbang kepada kesejahteraan ummah sekaligus akan mengangkat martabat kehidupan. Perancangan di dalam kewangan pada saat muda akan membantu membina suasana harmoni di dalam institusi kekeluargaan serta masyarakat. Memetik kata-kata dari buku Tip-tip Cemerlang daripada Quran oleh Dr. Danial Zainal Abidin, mengikut laporan Imam Bukhari dan Muslim, nabi pernah menasihati sahabat Saad bin Abu Waqqas dengan berkata, “Kamu meninggalkan waris-warismu dalam keadaan kaya raya adalah lebih baik bagimu daripada kamu meninggalkan mereka dalam keadaan miskin sehingga mereka terpaksa meminta-minta kepada orang lain”. Didiklah keluarga kita supaya hidup secara sederhana agar kekayaan di dunia dapat membimbing kita sekeluarga menjadi lebih bersyukur dengan nikmat Allah swt.

4. Akhirnya, setiap manusia inginkan kebahagiaan abadi. Setiap daripada kita mempunyai hobi yang akan memberikan kita ketenangan dan kebahagiaan. Merancang pengurusan persaraan juga akan membantu kita menikmati hobi kita dengan lebih teratur dan terperinci bermula dari saat kita muda sehinggalah kita bersara kelak. Begitu juga dengan kebahagiaan apabila kita sihat dari segala penyakit. Oleh itu, rancanglah agar kita menjaga pemakanan kita hari ini agar hari tua kita tidak dipenuhi dengan temu janji dengan pihak hospital yang semestinya akan memakan belanja yang agak tinggi. Bagaimana pula dengan pasangan yang membahagiakan? Azizi Ali dalam buku `Pesara Jutawan’ juga menasihatkan kita agar kekal di dalam perkahwinan kerana perceraian memakan belanja yang lebih banyak dan ianya akan mendatangkan tekanan kepada emosi, mental, rohani serta fizikal kita. Merancanglah agar suasana keluargaan kita sentiasa dipenuh dengan aktiviti-aktiviti kerohanian yang dapat membina kekuatan jiwa ahli keluarga kita. Binalah kekuatan di hari tua melalui pembentukan sistem keluarga yang bahagia dan menyenangkan. Kehidupan yang sederhana akan mendatangkan kecemerlangan di hari tua. Imam al-Bazzar menyatakan, nabi berkata, “Sesiapa yang besederhana akan dikayakan Allah. Sesiapa yang suka membazir akan dimiskinkan oleh Allah.”


Kesimpulannya, kita perlu merasa bermotivasi untuk menghadapi hari tua. Ini adalah kerana tidak ada manusia yang boleh lari dari hari tua melainkan mereka dijemput oleh Allah swt pada umur muda. Bergembiralah dengan usaha kita demi mencari kesenangan untuk seisi keluarga. Yakinlah bahawa dengan usaha, ilmu dan amalan yang disukai oleh Allah swt, kita semua berada di landasan yang cukup selesa sebagai persediaan untuk hari persaraan kita. Hidup kita mesti diteruskan, namun kita mesti bersedia untuk mencorakkan suasana yang lebih selesa dan sederhana demi menikmati hari tua yang lebih membahagiakan.
Rujukan:

Dimuat turun pada 26 Mei 2008 http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0511&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm


Dimuat turun pada 20 Mei 2008
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0409&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htm

Dimuat turun pada 21 Mei 2008
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0318&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm

Dimuat turun pada 23 Mei 2008
http://cimbunitamanah.wordpress.com/2007/12/13/merancang-untuk-persaraan/

Azizi Ali (2006). Pesara Jutawan. Kuala Lumpur: True Wealth Sdn Berhad.


Dr. Danial Zainal Abidin (2008). Tip-tip Cemerlang Daripada Quran. Kuala Lumpur: PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd.

Staf KK3 UMP_Aisyah kahwin today


Today Aisyah kahwin..congratulations my dear..Ni gambar staf KK3 bersama Pengetua KK3 yang sibuk tah pa pa...asyik sibuk memanjang..mmg sgt harapkan everything runs smoothly at KK3 with the help from these 3 beautiful ladies..so far, so good..Allah has all the reasons in the world why he has granted me these 3 great human beings in helping me at KK3. Tq Noora, Zura and Aisyah. Bila kita pula, Zura? Zura muda lagi, boss KK3 ni bila nak sampai seru ? Kena p umrah dulu tahun ni la..:-) Aisyah mesti hepi giler...jalan baik2, nanti org usik! Mulalah tersipu2!

Monday, May 26, 2008

This is especially dedicated to my lovely friend and sister..Anita


Regardless of what people say about me putting pictures of friends here, this is my blog and I love looking at my friends' pictures. Among the most lovely face that I admire would be Anita's. Not just that she is a lovely person externally, internally..phew! I wish more people would get the chance to know her. A mother of 3 kids, a loyal and devoted wife, this post is especially dedicated to her. Why? I have no idea..Maybe because soon she is leaving UMP and will be floating from UPM-UMP with her dreams in the doctorate world. I will list down reasons why Anita has a special place in my heart (I have to write this in English because this is speaking from the heart and I get emotional easily):


1. Emotional Intelligence has greatly influenced the three of us, including Aini. Somehow, the title has managed to put us through difficult times especially in meeting the datelines for seminars and proceeding papers submission. EI has created wonders in Anita and I especially during UHS2011 workshop. We work together as a team and not even once I see Anita's face looked troubled and hear her complaining about our team working despite of my busy and tight schedule with Soft Skills. I silently am thankful of having her as my partner for EI and we designed one of the most interesting game and activity for the students. Anita easily gave in to me regarding the schedule and I am hopeless without her for this topic. Anita..tq..

2. Friday Wisdom was created by Anita and personally, I have jumped into this new world..and love every minute in delivering my small knowledge to the audience. We started by having 5-10 students and the parting moment has been a great number of students attending this event. Students are looking forward for more interesting topics and I hear students wanting to join as speakers. This is among the strongest event in UMP for women's development. With small support from certain people yet great care from PIPI, I will 100% ensure this event will be carried out with more professional attention from the top management. Anita has opened up my eyes and heart to the beauty of Islam especially on how to help our female Muslim students in realizing how important it is for them to a true Muslimah in order to be a team member of Heaven. Topics for Friday Wisdom will definitely become better and I can't wait for our Friday Wisdom Book to be published. Yes! Girl power!

4. Anita has been one of my strongest back bone when I was facing the ups and downs of Soft Skills in UMP. Her words of encouragement and strong values have managed in making me a better person. Others are surely involved in developing my values and strength too but Anita..she was there when I needed her (oh!oh! I have tears now). We were together in so many events, my secrets, her secrets, my worries are her worries too, her happiness is my happiness too. I am sure she will remain loyal to her friends the way she is, has been to me. Anita, remember our DESPERATE HOUSEWIVES moments..traveling to KL..shopping..driving..we have yet to go to overseas together..we will, insyallah..we will..I promise u, sis....

I am out of words on how grateful I am with this friendship. You are still in front of my eyes but I know, soon we have to be on separate ways in achieving our dreams. People can laugh on by saying I am carried away with how I feel about friends, but the truth..everybody feels the same way. The older you are, the harder it is for us to find sincerity in a friendship. May Allah swt be with us in taking care of this ukhwah.. We might not see each other often, might not even send sms frequently or talk on the phone even less..but to my dear Anita, you have definitely proven to me that the beauty we see every day in you carries more beauty in your heart. Be strong for your PHD (pandainya nasihatkan org!). You have my doa...Doa for me please.......I will write more about other friends....those who remain special in my heart...Amin..

Saturday, May 24, 2008

The women in my life...

Mama, shasha, dani, tok
Me with Wadah, Shida, Kaklong dan Shamir, Ja dan Dina



Me, Kak long, Mama, Ja


Ketawa terkekek2....


Tok, Me...shasha ciput!


Makan KFC di Kijal..Favorite Tok..

Sedang jeling2 AF6 sambil menulis utk blog..actually I have to finish my article for CREATE
UMP, tk pa..insyallah malam ni akan diusahakan...tadi Tok komen, malam ni budak2 menyanyi pakai baju cantik..rasa nak ketawa..Tok dah umur 81 pun pandai komen..then terbayang..when I grow old..what would become of me? Apakah Allah swt akan memberikan gambaran kepadaku..apakah yang akan kulakukan di usia tua ku? Masih sendiri? Mempunyai pasangan? Keluarga? Setelah pencen, kemanakah arah dan tujuan ku..Gambar2 di atas ini adalah gambar keluarga ku yang tercinta...

Women from the perspective of Engineers...





Woman has man..Man has woman...

Kumpulan Orkestra UMP


Taken from internet...funny but true...Allah swt maha Agung..diciptakan manusia berpasang-pasangan sehinggakan dalam perkataan sendiri ada pasangannya...
Believe it or not.
Woman has Man in it;
Mrs. has
Mr. in it;
Female has
Male in it;
She has
He in it;
Madam has
Adam in it;
No wonder men
always want to be inside women!
Men were born between the legs
of a woman, yet men spend all
their life and time trying to go
back between the legs of a woman....
Why?
BECAUSE THERE IS NO PLACE
LIKE HOME
Okay, Okay, it all makes sense now...
I never looked at it this way before:
Ever notice how all of women's problems start with MEN?

MEN
tal illness
MEN
strual cramps
MEN
tal breakdown
MEN
opause
GUY
necologist
AND ..

When we have REAL trouble, it's a

HIS
terectomy.

Friday, May 23, 2008

Hati dan erti sunyi..


Tq to Abg Halim.. tengokkan kereta baru-baru ni masa di KL..insyallah akan diusahakan
secepat mungkin untuk baiki kereta tu esp the tyers..
tq for the tips...
maklumlah bekas pemandu F1 :-) tq bang...
Kaulah sahabatku dunia akhirat..amin..

Semalam Kak Nun called dari Kota Tinggi..berbincang mengenai dirinya dan keluarga yang akan menunaikan ibadat umrah Isnin depan.Semoga Allah swt menjaga diri Kak Nun dan keluarganya, selamat dan selamat kembali kakakku...Kami sempat berbual tentang jiwa yang sunyi tanpa keluarga sendiri namun kami juga sempat saling memperingati tentang kebesaran Allah swt yang memberikan berjuta-juta kesenangan dan kebahagiaan di dalam kehidupan sedia kala. Isu terbaru yang dibincangkan..Salahkah menumpang kasih ? Isu poligami ni..Masing2 begitu takut dengan isu ini..sejauh manakah kami dapat bertahan dari menerima kasih sayang milik mereka yang sudah dimiliki..Sejauh manakah mereka ini dapat mempertahankan janji mereka untuk menjadi sebaik-baik pemimpin dan khalifah..adil dan penuh tanggungjawba untuk menjaga lebih dari satu keluarga..YA Allah..bantulah kami semua..sekiranya itulah yang terbaik dariMu..berilah kami kekuatan untuk menghadapai semua dugaan..berilah sinar dan cahaya kepada ahli masyarakat di sekeliling kami agar kami tidak dihina dan dituduh merampas..Sesungguhnya semua yang terjadi adalah atas kehendakMu..Siapalah yang ingin melukakan hati perempuan yang telah berkorban untuk suami dan anak-anak selama ini? Kami sangat menghormati ibu, kakak serta adik perempuan kami yang telah membuktikan kesetiaan serta ketaatan mereka selama ini. Mohon bantulah kami Ya Allah..Semuanya hanyalah pinjaman..yang pasti..kita akan mati dan kita semua ingin mati sebagai ahli syurga..erghhh syahdunya...

One of the simplest article yet meaningful...IKAN EMAS by Dr Hishamuddin Alham



Dah 2,3 hari tinggalkan blog..sibuk ke KL..attend kursus dgn Raha (my boss from Modern Language Department, CMLHS, UMP). Tadi baca email ni..sgt menyentuh hati..sejuk jiwa..terima kasih kepada penulis..kerana meminjamkan kata-kata beliau yang cukup menyentuh hati ku yang ingin menjadi muslimah sejati...Gambar ni masa di Hawaii International Market...Jan 2008...such a beautiful sight with the fish around...

Assalamualaikum wrt

Seronoknya bila lihat ikan emasku di rumah. Sungguh
cantik dan menawan hati. Sejuk hati bila melihat anak
sulungku menjaganya - memberi makan pada masanya,
menukar air lebih kurang dua bulan sekali, memasukkan
garam, membersihkan cerminnya, meletakkan bacteria dan
sebagainya.

Kami juga agak sensitif dengan "body language" ikan
tersebut. Bila ikan-ikan itu banyak berlegar di
permukaan air, ini bermakna oksigen berkurangan. Maka
bergegas anak saya ke kedai membeli alat tambahan bagi
membanyakkan oksigen di dalam air. Dia seronok bila
lihat hasilnya .....

Begitulah juga dengan kita sebagai makhluk Tuhan. Jika
makan minum kita cukup, seimbang pula zatnya, cukup
senaman - badan kita akan sihat dan otak kita akan
segar. Namun manusia ini bukan sahaja perlukan makanan
jasad - ia perlukan juga makanan rohani. Jika rohani
ini dibiar kelaparan - maka kehidupan akan juga tidak
seimbang.

Bangun pagi, dengan do'anya - kemudian mengadap Allah
swt di waktu pagi dengan bersembahyang subuhnya,
membaca mathurat dan membaca Al-Quran. Kemudian terus
bergegas pergi bekerja dengan harapan akan bertemu
lagi dengan Allah swt di waktu zuhurnya di masjid....
kemudian Asr, Maghrib dan ditutupi dengan Isyak.

Malam tidur awal kerana ingin bangun awal sebelum
subuh untuk bersembahyang tahajjud. Kadangkala
malamnya dipenuhi dengan aktiviti kemasyarakatan...
semuanya ini menjadi bekalan pada rohaninya. Bila
rohani dan jasmani kita cukup makanannya, rohani dan
jasmani akan menjadi sihat dan kita akan mudah ceria,
gembira dan sentiasa bersedia untuk beramal dalam apa
jua bentuk, Insya Allah. Kehidupan bersama isterinya
ceria, dengan anak-anaknya ceria dan inilah habuan
kepada mereka yang hidup di dunia dengan satu cara
hidup yang selari dengan fitrah insaniah... hidup di
bawah lindungan Allah swt. Allah amat sayang pada
hambaNya yang sentiasa mengharapkan redhaNya dan
mengharapkan pertolonganNya dengan mengikuti cara
hidup yang ditunjukkanNya.

Carilah cara hidup selain dari apa yang sesuai dengan
fitrah kita - meranalah jawabnya. Bayangkan kereta
toyota bila diservice mengikut manual datsun.

Yusuf Islam (Cat Steven) pernah menceritakan kisah
hidupnya. Dulu bila dia "top" dalam dunia seni - dia
disanjung, dipuji dan dipuja. Tapi hatinya merasa
kosong - entah mengapa. Di belakang tabir, beliau
merasa cukup sengsara - sehinggalah bila beliau
dihadiahkan Al Quran dan kemudiannya memeluk Islam dan
mengamalkan ajaranNya.

Wassalam

Dr Hishamuddin Alham (ahisham2001@yahoo.com)

Sunday, May 18, 2008

Pesan Rasulullah..


Sekadar untuk berkongsi dan sebagai muhasabah diri. Mengenai penyakit rohani, elok juga kita meneliti sebuah hadis yang menjadi pesanan Rasulullah s.a.w kepada menantunya Saidina Ali r.a:

"Wahai Ali, setiap sesuatu pasti ada penyakitnya: Penyakit bicara adalah bohong, penyakit ilmu adalah lupa, penyakit ibadah adalah riak, penyakit akhlak mulia adalah kagum kepada diri sendiri, penyakit berani adalah menyerang, penyakit dermawan adalah mengungkap pemberian, penyakit tampan adalah sombong, penyakit bangsawan adalah membanggakan diri, penyakit malu adalah lemah, penyakit mulia adalah menyombongkan diri, penyakit kaya adalah kikir, penyakit royal adalah hidup mewah dan penyakit agama adalah nafsu yang diperturutkan..."

Ketika berwasiat kepada Ali bin Abi Thalib r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: "Wahai Ali, orang yang riak itu mempunyai tiga ciri iaitu:

1. Rajin beribadat ketika dilihat orang.

2. Malas ketika sendirian.

3. Ingin mendapat pujian dalam segala perkara.

Wahai Ali, jika engkau dipuji orang, maka berdoalah:
"Ya Allah, jadikanlah diriku lebih baik daripada yang dikatakannya, ampunilah dosa-dosaku yang tersembunyi darinya dan janganlah kata-katanya mengakibatkan seksaan bagiku..."

Ketika ditanya bagaimana cara mengubati hati yang sedang resah dan gundah gulana, Ibnu Mas'ud r.a berkata: "Dengarkanlah bacaan al-Quran atau datanglah ke majlis zikir atau pergilah ke tempat yang sunyi untuk berkhalwat dengan Allah s.w.t.

Jika belum terubat juga, maka mintalah kepada Allah s.w.t hati yang lain kerana sesungguhnya
hati yang kamu pakai bukan lagi hatimu...."

Men and women..This is a Great one! Read on..


Men:
1. All men are extremely busy.
2. Although they are so busy, they still have time for women.
3. Although they still have time for women, they don't really care for them.
4. Although they don't really care for them, they always have one around.
5. Although they always have one around them, they always try their luck with others.

Women:
1. The most important thing for a woman is financial security.
2. Although this is so important, they still go out and buy expensive clothes and stuff.
3. Although they always buy expensive clothes, they never have something to wear.
4. Although they never have something to wear, they always dress beautifully.
5. Although they always dress beautifully, their clothes are always just "an old rag".
6. Although their clothes are always "just an old rag", they still expect you to compliment them.
7. Although they expect you to compliment them, when you do, they don't believe you.

Wisdom:
WHEN I WAS MARRIED 25 YEARS, I TOOK A LOOK AT MY WIFE ONE DAY AND SAID,
"HONEY, 25 YEARS AGO WE HAD A CHEAP APARTMENT, A CHEAP CAR, SLEPT ON A
SOFA BED AND WATCHED A 10-INCH BLACK AND WHITE TV, BUT I GOT TO SLEEP
EVERY NIGHT WITH A HOT 25-YEAR-OLD BLONDE."
NOW WE HAVE A $500,000 HOME, A $45,000 CAR, NICE BIG BED AND PLASMA
SCREEN TV, BUT I'M SLEEPING WITH A 50-YEAR-OLD WOMAN. IT SEEMS TO ME THAT
YOU ARE NOT HOLDING UP YOUR SIDE OF THINGS."
MY WIFE IS A VERY REASONABLE WOMAN. SHE TOLD ME TO GO OUT & FIND A HOT
25-YEAR-OLD BLONDE, AND SHE WOULD MAKE SURE THAT I WOULD ONCE AGAIN BE
LIVING IN A CHEAP APARTMENT, DRIVING A CHEAP CAR, SLEEPING ON A SOFA BED
AND WATCHING A 10-INCH BLACK AND WHITE TV.
AREN'T OLDER WOMEN GREAT? THEY REALLY KNOW HOW TO SOLVE YOUR MID-LIFE
CRISIS.