Wednesday, December 31, 2008

Mencari sinar menuju Maal Hijrah



Berdiri menghadap cermin di bilik baru (ofis Pengetua di Klinik lama UMP), melihat hujan lebat, hati sering tertanya, mampukah diri ini menunaikan janji pada Allah swt untuk terus berbakti kepada org tua? Untuk terus berjuang di dalam bidang akademik khasnya untuk meneruskan ke PHD? Untuk terus membantu pelajar menjadi manusia yang lebih baik, dunia akhirat? Untuk memberikan motivasi kepada rakan-rakan di KK3 agar terus bersemangat bekerja secara ikhlas? Untuk terus bersama-sama rakan-rakan akademik, menulis, membuat research, mengajar? Untuk terus ikhlas beribadat kepada Allah swt sepertimana yang telah diri ini janjikan di hadapan Kaabah baru-baru ini? Untuk terus menangis dan bertaubat di atas segala kealpaan dan kesilapan serta kedaifan di dalam dunia serba sementara? Untuk terus bersedekah biarpun duit tak pernah banyak seperti org2 lain? Untuk terus mencari peluang berbuat kebaikan dan amalan biar sehalus kuman? Untuk terus tidak putus asa berdoa berjumpa dengan seorang hamba Allah yg baik dan beriman yg sudi menjadi suami diri ini? hehehe perghhh syahdunya.....Teringat kawan-kawan bujang yg lain...teringat kawan-kawan yang hepi bersama suami dan anak2.. teringat adik dan kakak yang disayangi oleh suami dan anak2... again..teringat perasaan keibuan yang sering meronta untuk memiliki anak sendiri...sapa tak sedih.. Tapi melihat persekitaran, betapa ramai yang bersyukur kerana dianugerahkan pelbagai kebahagiaan dari pelbagai sudut...termasuk diri sendiri..alangkah indahnya dunia yang telah Allah kurniakan pada kita semua...Tanpa suami, kita masih mempunyai kawan-kawan lelaki yang berkeperibadian mulia, tanpa anak sendiri, kita masih disayangi oleh para pelajar dan anak-anak saudara...Tanpa PHD, kita masih ada peluang untuk menimba ilmu dalam apa juga situasi...Tanpa duit yang banyak, gaji yang diterima setiap bulan sentiasa dapat disedekahkan kepada anak-anak yatim..Tanpa disangka, kita akan tetap berjumpa dengan lelaki yang budiman, yang gentleman, yang punya pekerti indah dan sering menjadi penawar kepada kesunyiaan. Tanpa pelbagai kemewahan dunia, kita masih berpeluang untuk berdoa, mengaji dan solat sebanyak mungkin...Terkenang pengalaman berdiri di hadapan Kaabah kali pertama.. Subhanallah...kerdilnya diri ini kerana terlalu banyak meminta dari mu Ya Allah.. terlalu kecilnya diri ini kerana tewas berkali-kali dalam perjuangan menentang maksiat dan nafsu...Terimalah taubat ku Ya Allah...untuk tahun 2009, panjangkanlah umurku agar dapat ku mulakan PHD di UPM, agar pintu rezeki ku terus terbuka luas, agar dapat ku bahagiakan orang-orang yang ku sayangi..berilah aku peluang untuk menjadi hambamu yang beriman...kuatkan diri ku, tabahkanlah diriku...berikanlah ku sedikit sinar untuk menyayanginya..Jutaan terima kasih buat a dear fren in Ipoh..a wonderful time together..Hope you arrive safely at Chicago with the 2 girls..Kiss Ain and Aina for me...

No comments: