Thursday, May 28, 2009

Ice breaking - dari hisham2001@yahoo.com

Assalamualaikum

Teknik mempunyai kesan pada bahan yang hendak disampaikan. Teknik yang salah menyebabkan bahan yang baik yang ingin disampaikan tidak kesampaian - walaupun kita ikhlas. Teknik yang baik pula akan menjadi kosong jika bahan yang hendak disampaikan itu tidak bernilai. Memanglah tidak boleh disangkal - pahala itu dari Allah swt dan Allah melihat pada amal kita bukan kesan pada amal kita itu, walaupun kita yakini amal yang baik dan ikhlas biasanya akan memberi kesan yang baik pula pada sasaran kita dengan izin Allah swt.

Mengapa saya kata dengan izin Allah, kerana hatta Rasulullah saw pun tidak dapat memastikan perubahan itu berlaku pada sasarannya, Abd Muttalib, bapa saudara beliau contohnya. Hanya Allah yang memberi Hidayah.

Mari kita fokus pada teknik penyampaian - mengandaikan kita Ikhlas dalam penyampaian dan bahan kita itu baik dan bernas. Fokus kita adalah pada penyampaian yang berbentuk kesedaran (bukan teknikal).

Salah satu teknik yang baik ialah kita menjadikan sasaran kita itu merasa selesa dan tenteram. Penyampaian yang selamba dan santai biasanya akan memberi kesan yang lebih dari penyampaian yang formal (ingat - kita berbicara tentang penyampaian kesedaran). Sasaran kita itu tidak merasakan mereka itu di dakwahkan... malahan mereka merasakan kita adalah sebahagian dari mereka dan rakan kepada mereka. Itulah pentingnya sessi "ice breaking".

"Ice breaking" dalam kursus motivasi mungkin ada dalam bentuk permainan yang mudah dan ringan serta menggembirakan. Contoh - minta peserta buat roket dan tuliskan pada roket tersebut, nama kumpulan serta akhlak buruk yang mereka hendak benteras dalam diri mereka dan balingkan dalam bakul yang disediakan. Setiap satu roket yang masuk akan mengundang 1000 markah bagi kumpulannya. Peserta cepat bergelak ketawa dan akhirnya kita dapat bayangan - siapa orang di depan kita itu - of course ada orang lain yang akan kutip dan senaraikan akhlak mereka ini. Buat dua atau tiga permainan.

Aksi kita juga hendaklah santai, "friendly" dan "joyfull". Peserta akan cepat merasa selesa dengan kita. Turut sama bergembira dengan mereka. Kegembiraan kita itu akan menjadi daya penarik kepada mereka.

Kalau dalam bentuk ceramah - mulakan dengan satu cerita contohnya - "Anak saya dulu masa umur 4 tahun nak naik harimau.. -nangis nak naik harimau" Kita akan dapat lihat peserta tersenyum. "Kerana anak saya tidak kenal apa itu harimau.. begitulah juga kita jika tak kenal Allah - kita akan langgar aje peraturanNya"

...bersambung

Wassalam

Dr Hisham

No comments: