Sunday, June 8, 2008

Mata yang kelabu akhirnya terang hanya dengan memakai cermin mata..



AKU YANG BERKACA MATA...DI UNIVERSITY OF HAWAII

I have always been a fan of this writer (ahisham2001@yahoo.com)..sejak kenal dunia Relexjap, simple yet with deep meanings in life. May Allah swt bless you and your family, Dr Hisham.

Assalamualaikum wrt

Seringkali juga saya ke kedai cermin mata untuk membersihkan cerminnya. Senang aje nampaknya - dimasukkan dalam alat yang khas, kemudian bila digilap, Masya Allah, cukup menyenangkan mata. Tiba-tiba dunia menjadi cerah dan terang.

Begitulah juga jika hati kita ini sentiasa digilap dengan cahaya Ilahi, kita akan mudah melihat mana yang baik dan mana yang buruk. Kita akan mudah terdorong untuk melakukan kebaikan. Kaki akan mudah melangkah ke tempat-tempat yang baik.

Kadang-kadang hairan jika kita lihat ramai orang mudah sangat melakukan maksiat pada Allah. Mudah sangat mata ini terdorong untuk melihat bahan lucah di internet. Rupa-rupanya mata hatinya itu telah gelap. Usaha ke arah menggilapkan mata hatinya diabaikan. Yang wajib
di abaikan - apatah lagi yang sunat. Jika lakukan yang wajib pun, yang sunat diperkecilkan. Yang wajib pun dibuat ala kadar sahaja. Akibatnya cermin hatinya makin lama makin pudar. Syaitan mudah sangat mengelirukannya.

Akhirnya - sedikit demi sedikit mata hatinya semakin tumpul. Tanpa disedari, yang wajib ditinggalkan - sehinggalah dia melayakkan dirinya mendapat gelaran fasik oleh Allah swt.

Moga Allah sentiasa bersama-sama dengan kita dan saya akhiri dengan maksud Ayat dari surah As-Syams:

"Demi jiwa serta penyempurnaanNya (ciptaanNya), Maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketakwaannya. Sungguh beruntung orang yang mensucikannya (jiwa itu). Dan sungguh rugi orang yang mengotorinya."

Boleh juga lihat nasyid DEMI MATAHARI yang berasaskan surah ini di:

http://www.youtube.com/watch?v=3UGbppb1LrY

Wassalam

Dr Hishamuddin Alham

1 comment:

Mohd Azeri Hairuddin said...

With the name of Allah.
Saya pun tak tahulah kenapa manusia di dunia ni selamba je buat dosa terang-terangan tak kira perempuan, mahupun lelaki sama saja. Mereka ni lah yang disebut oleh Allah sebagai orang yang lalai. Saya hayati khutbah Jumaat pada 13 Jun 2008 di Masjid Sunway tempohari berkenaan 'orang-orang yang lalai'. Bagus khutbah tu. Rasanya, isi kandungannya sama dengan masjid2 lain di Selangor.

Tapi, sebenarnya kebanyakan org yang masuk kategori 'lalai' ni tak rasa yang mereka ni lalai. Apa tidaknya, wang ada, kereta ada, anak bini pun ada, harta ada, serba serbinya ada... Tapi cuba lihat, berapa kerat orang kita yang menunggu masuknya waktu sembahyang 5 waktu. Ramai yang tak sensitif dengan waktu solat. Cuba lihat waktu tengahari, bila masuknya solat zohor, ramai yang tak berfikir macam mana nak segerakan solat, sebaliknya sibuk dengan benda-benda lain - makan dengan kawan2, kerja di pejabat, masih bersembang dan macam-macam lagi. Hati gelap lah tu....tak bergetar langsung hati untuk takut pada Allah bila azan berkumandang. Kadang-kadang mereka ni nampak happy sepanjang masa, tapi kasihan kerana mereka happy dalam dosa yang mereka tak endah. Pergaulan bebas adalah pemandangan biasa...kawan2, jaga-jagalah ye...selalulah taubat kalau amalkan perkara ni.
Dah lah kita ni banyak dosa tanpa sedar, sebab tu disuruh solat 5x sehari untuk hapus dosa. Tapi manusia ni, nak suruh hapus dosa dia pun dilengah-lengahkan. Mungkin tak rasa seronok nak solat sebab tak rasa dekat dengan Allah. Tapi tak nak usaha mendapatkan perasaan tu....tak kan kalau hanyat hidup sampai 63 tahun dan solat tunggang tunggik kita tak nak cuba rasa nikmat solat? Tahunya nak nikmat makan, nikmat rumah besar, kereta besar, gaji besar...yang semuanya sementara je...tak kekal dan tak dibawa ke akhirat. Janganlah sampai peluang ini ditarik selama-lamanya. Masa tu...dah tak berguna.
Wassalam...