Sunday, August 17, 2008

Cara membaca Surah Yassin dgn betul sewaktu seseorang menghadapi Sakaratul Maut

Dedicated to my lovely mother Hajjah Halijah bt Tajudin yang pakai uniform KK3, who has always stood by me..druing ups and down in my career. Buat mama yang disanjungi dan dihargai, antara wanita yang paling kuat dan tabah di dalam menghadapi karenah pasangan serta anak menantu. Semoga mama dilanjutkan usia dan semoga mama terus diberkati Allah swt. Doakanlah agar Allah permudahkan perjalanan kami ke Baitullah demi menunaikan ibadah umrah dan dijemput menjadi tetamu Allah. Doakanlah agar kami sihat dan sabar di dalam menempuh apa jua dugaan. To my mother whom I know will never read my blog, I live to give happiness to you.




Subject: FW: Cara membaca Surah Yassin dgn betul sewaktu seseorang menghadapi SakaratulMaut

Assalammualaikum,

Surau Darussaadah di Keramat Permai telah mengadakan ceramah umum
mengenai Isra' Mikraj oleh Ustaz Abdullah Mahmud.

Berikut adalah sedikit sebanyak intipati ceramah yang ingin saya kongsi
bersama rakan2 sekalian:-

Menurut Ustaz, masyarakat Melayu telah lama buat salah dalam 'membantu'
seseorang mengahdapi sakaratul maut. Menjadi kebiasaan, kita akan mengelilingi orang yang tengah nazak dengan masing2 membaca surah Yasin,
dengan bacaan yang tersendiri dan bermacam2 ragam (setengah dengan
tartil, setengah bacaan laju). Perbuatan sebegini akan menjadikan orang yang tengah nazak merasa lebih kelam kabut (kerana menurut ustaz sebelum
datangnya kematian, kita 'disibukkan' dengan segala gambaran perbuatan
kita di dunia).

Kaedah yang sepatutnya diamalkan ialah:-

i. Lantik seorang yang bacaan Alquran nya baik (dari segi tajwid) untuk membaca surah Yasin - yang lain2 bole bersama2 semak.

ii. Sebaik2 orang yang dilantik itu adalah anak ataupun saudara terdekat yang mempunyai perasaan kasih pada orang yang tengah nazak.

iii . Merenung wajah orang tengah nazak sebelum surah Yasin dibaca untuk menimbulkan rasa belas kasihan dan mudah2an surah yang dibaca boleh membantu pencabutan nyawa beliau.

iv.
Membaca 3 hingga 4 kalimah Surah Yasin, berhenti, dan menolong (menuntun) beliau untuk melafaz "Laa ila ha illallah".

v . Kemudian menyambung semula bacaan, baca 3 hingga 4 kalimah, berhenti lagi, dan menolong beliau mengucap "Laa ila haillallah" lagi.

vi
. Diteruskan sehingga lah beliau menghembuskan nafas yang terakhir.

Semoga ini dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan kita dalam
'membantu' saudara mara atau mak ayah kita dalam menghadapi sakaratul maut. Dan semoga kita mendapat segala rahmat serta hidayah NYA dlm membuat amal kebajikan dengan cara yang betul bukan semata2 melalui ikutan adat.


Amiin.


Wassalam.

No comments: